Friday 2 March 2012

Seminar "From User To Business"

Hello u olls... check it out poster dibawah ye.... 


diAnA dengan besar hati nak menjemput all my blog readers untuk sama-sama join this seminar. Jom kita tambah ilmu dan melakukan penambahbaikan dalam hidup kita. Mungkin melalui seminar ini jugalah merupakan titik tolak untuk anda melakukan perubahan yang besar dalam hidup anda dalam usaha mencapai kehidupan bebas masa, bebas wang, kaya dan berjaya... InsyaAllah... So, kepada yang berminat, boleh hubungi krew kami dibahagian pendaftaran dengan segera!! Tempat adalah terhad!! First come, first serve u ollss....

Jumpa anda disana ye...teruja makk!!! hehehehe...

*Untuk Pendaftaran boleh hubungi diAnA*

017-7714134

Resdung

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus- Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria. Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya. Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung. Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut. Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari. Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit. Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung. Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik. Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan. Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan. Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung. Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Credit: Utusan Malaysia 2005

RAWATAN DCL: 

AMAZING:
Bancuhkan 2 sudu Amazing dalam air suam dan minum 3 kali sehari.
NU~CELL:
Ambil 2 sachet pagi dan malam


NIG~ELLA:
Titiskan 2-3 titik Nig Ella ke dalam hidung dan sedut perlahan-lahan sebelum tidur.

Monday 20 February 2012

Berapa Modal Nya?????

Dalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat - tak perlu semuanya hebat dan besar.Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.

Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, bangunan boleh tahan dan juga perbelanjaan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.

Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.

"Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan overhead. Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan."

Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu).

Kerana itulah diAnA memilih untuk menjalankan bisnes DCL ini..dengan modal serendah RM77 / RM79 anda telah boleh memulakan perniagaan anda. Medium yg diAnA and The Team gunakan juga amat mudah dan cost free...iaitu internet medium. Hanya luangkan masa 2-3 jam sehari utk update FB dan BLOG...anda telah pun memulakan perniagaan anda.

Senjata utama adalah pengalaman anda sendiri dlm menggunakan produk DCL ini. Anda guna dan rasa perbezaannya..seterusnya anda bercerita kpd kawan-kawan dan org sekeliling. Nah...sungguh kecil modalnya kan??

Jadi tunggu apalagi..mulakan perniagaan SOHO (Small Office Home Office) anda sekarang!!! 

Hubungi diAnA dan diAnA akan berikan tunjuk ajar bagaimana utk anda bermula..

017-7714134

Jana RM Dari Rumah


Pernahkah anda terfikir? Mengapa anda boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?

Ianya adalah kerana, anda  DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU anda!

Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu anda lah yang telah banyak membentuk peribadi anda hari ini. Masihkah anda ingat, ibu anda membuat sarapan pagi untuk anda ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak & menyediakan makanan tengahari sewaktu anda pulang, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.

Ibu anda dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa!
Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.

Tidak dinafikan zaman sudah berubah, jika dulu, hanya si bapa/suami yang bekerja, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tetapi kini, untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.

Tetapi, bagi saya! Ia sebenarnya tidak banyak berubah, zaman dulu pun, ramai golongan ibu yang bekerja. Apa yang sedikit berbeza, mereka bekerja dari rumah.

Sekarang ini banyak cara untuk mudahkan cara, golongan ibu boleh membuat bisness sambila dirumah sahaja...hanya dihujung jari anda boleh lakukannya. Apa yang penting anda ada kemahuan untuk mengubah kehidupan biasa kepada luar biasa.

SEDARLAH HAKIKAT INI..
Jika anda adalah seorang ibu dan juga wanita yang bekerja di luar rumah, saya pasti anda menyedari tentang hakikat ini. Anda sedar, waktu anda untuk bersama anak-anak terlalu singkat. Seboleh mungkin, jiwa & naluri anda meronta-ronta ingin tinggal di rumah dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Melihat setiap detik & saat-saat mereka membesar, mendidik dan juga memberikan mereka kasih-sayang sepenuhnya. Tetapi, situasi dan kedudukan kewangan semasa, memaksa anda untuk melenyapkan sahaja impian anda itu.


ZAMAN TEKNOLOGI MEMBERI HARAPAN BARU..

Kini, kita berada di zaman teknologi. Ianya memberikan satu nafas baru kepada golongan-golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.

Pada zaman dulu, memang tidak dinafikan, berapa sangatlah pendapatan yang boleh diperolehi dengan mengambil upah menjahit baju? Membuat kuih? Ataupun menganyam tikar? Pendapatannya terbatas disebabkan pasarannya yang kecil, iaitu, pelanggannya hanyalah dari sekitar-sekitar orang di kampung sahaja.

Tetapi kini, teknologi internet, menjadikan aktiviti tersebut kembali relevan dan beranjak kepada satu tahap yang baru.

Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden melalui khidmat pembantu maya (virtual assistant) yang boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.

Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.

MASA UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN..

Jangan berkata "Saya tidak punya pilihan!"

Berikan peluang kepada diri anda! "Pilihan", sentiasa ada. Cuma anda yang perlu menentukan sama ada anda "mahu" atau "tidak" menerima pilihan itu.

Waktu ini, sudah ramai yang menyedari tentang kelebihan "bekerja di rumah", ramai yang telah mengorak langkah dan menjadikan impian mereka suatu realiti. Dijangkakan, trend ibu bekerja di rumah ini akan terus meningkat dan menjadi satu trend pada masa hadapan.

BINA TAPAK ANDA SEKARANG

Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.

Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil, ramai yang telah melakukannya.

Disini bermula medan perjuangan anda sekiranya ingin berjaya dalam hidup


Kenapa ini pilihan anda???
Syarikat De Classic Life Sdn. Bhd. (DCL)
  • ditubuhkan pada tahun 1998 (sudah hampir 15 tahun dipasaran).
  • merupakan syarikat yg kukuh & selamat sbb ada 26 buah anak syarikat : antaranya Syarikat D'Navechee & D'N HAns
  • 100% ISLAM & BUMIPUTERA - Pengasas 1 (Dato' Stapa) / Pengasas 2 (Dato' Azlina)
  • Alhamdulillah sekarang ini...DCL telah menembusi pasaran asia di 6 buah negara (India, Bangladesh, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapore)
  • Antara produknya adalah untuk kegunaan harian & kesihatan
  • Produk yang halal dan selamat sbb 100% diselia oleh pihak MARDI
  • menerima anugerah The best Brand Laureate dari tahun 2009, 2010 & 2011

Kami TEAM CANTEK with My Top Leader Kak June Cantek & My Leader Nurul Jannah Cantek akan ajar & mudahkan cara untuk berjaya dalam bisness online ini. Just follow the leader anda pasti berjaya

Sebab :

TEAM CANTEK mmg aktif di FB & BLOG

jelas terbukti sebab sy mengenali leader sy & business partner hanya melalui online sahaja...hari ini kami rapat seperti adik-beradik...sentiasa memberi sokongan & galakan

Setakat ini sale TEAM CANTEK mencecah RM70K setiap bulan....

Anda berminat menjadi seperti saya...

CALL DIANA CANTEK 017-7714134

Thursday 16 February 2012

Usus Bermasalah Mengundang 1001 Penyakit

Usus Kita

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripada nya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag...

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagaiUsus Toksin !!!

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah.

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Tanda - tanda badan yang banyak toksin : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.


Masalah Usus Dan Sembelit
Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan.


Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita.

Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau,"Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :-

  • Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
  • Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.


  • Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.



  • Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.



  • Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari). Lagi bagus sekiranya anda mempunyai Oxy Pi Di'Ionik kerana ianya mempunyai molekul-molekul halus oksigen.

p/s diAnA : 
Menyedari kepentingan pembersihan usus @ detox ini??? 
Jangan berlengah lagi, dapatkan NU~CLONZ untuk langkah pertama anda untuk membersihkan usus anda dari sarang penyakit... 
Hanya RM 75.00 !!! Jika nak Dibandingkan Harga Nilai Sebuah Kesihatan Untuk Kita Dan Keluarga..

CALL@SMS 017-7714134

Khasiat Bidadari

Ramai yang tanya diAnA apa khasiat Bidadari?? So kat sini diAnA share Info Bidadari ye..

Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya dalam membantu menguatkan otot rahim, mengetatkan faraj, meningkatkan sistem kemutan dan meningkatkan seri wajah.
RUMUSAN (Keistimewaan):

- Mengecutkan rahim.
- Mengecutkan otot faraj.
- Menyempitkan faraj.
- Menguatkan sistem kemutan.
- Memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan suami isteri
- Membina rahim.
- Membantu masalah keputihan.
- Membantu mengatasi masalah senggugut.
- Menambahkan kolagen dalam badan.
- Mencantikkan kulit & menaikkan seri wajah.
- Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
- Melegakan panas badan.
- Membekalkan tenaga segera.
- Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.


So..tunggu apa lagi? Sapa dah rasa mmg tau perbezaannya. Email / message me for order

017-7714134 (diAnA)

Wednesday 15 February 2012

De Classic Life - DCL

Diterajui oleh Pengasas yang merupakan sepasang suami isteri yang berpengalaman sebagai pengedar, pihak pengurusan syarikat MLM, jurulatih MLM, Motivator dan perunding MLM dan juga berpengalaman dalam perniagaan konvensional.


Pengasas 1
Dato' Stapa Hj Omar

Peneraju utama sebagai Executive Chairman dan juga pengarah jurulatih dan pemasaran. Terlibat secara langsung sebagai jurulatih dan motivator syarikat serta bertanggungjawab merangka pelan tindakan dan strategi pemasaran.

Pengasas II
Dato' Azlina bt Che Abdullah

Pengarah Kewangan dan ketua jurulatih kecantikan. Beliau berpengalaman luas di dalam bidang kecantikan dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan kecantikan.

INFO RINGKAS MENGGENAI SYARIKAT DCL:-
* 100% dimiliki oleh Bumiputera dan produknya di jamin HALAL

* Telah beroperasi sejak tahun 1998 hingga kini dan telah berjaya memasuki pasaran di Singapore, Brunie, Thailand, India dan Vietnam.

* Sentiasa memegang prinsip kerja berpasukan dan pihak pengurusan juga mengamalkan amalan sentiasa turun padang. Komitmen total berterusan bagi menjana kejayaan kumpulan.

* Pelan Pemasaran DCL memberi pendapatan yang lumayan kepada pemimpin atasan yang bekerja keras dengan pencapaian networking yang besar dan mampu memperolehi bonus yang wajar tanpa mengabaikan pengedar bawahan.

* Pelan Pemasaran DCL juga mempunyai ciri-ciri sistem Roll Up, Compress, Pass Up dan bonus berdasarkan jualan syarikat dan terbukti keadilan kepada pengedar.

* DCL mempunyai jabatan latihan sendiri yang diketuai oleh Pengasas yang sentiasa memberi komitmen total dan sistematik kepada pengedar. Latihan yang sistematik dikendalikan oleh tenaga professional dan berpengalaman sentiasa diberikan kepada pengedar dari semasa ke semasa.

* Produk ekslusif, berkualiti dan bertaraf dunia yang berasaskan R&D oleh saintis/pakar yang mampu membawa syarikat bertahan di dalam industri MLM global.

OBJEKTIF SYARIKAT
* Membina ekonomi ummah berdikari

* Membina kesihatan & kecantikan secara semula jadi

* Menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik serta lebih mudah untuk lebih sukses

* Memperjuang & mengangkat martabat industri MLM yang tulen dan beretika

VISI
* Membina pasaran global

* Membina pengedar / usahawan supaya mencapai kemerdekaan kewangan

* Menjadi pengeluar dan pengedar produk alternatif yang memberikan sumbangan besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat, tanpa memberi risiko atau tanpa kesan sampingan terhadap pengguna dan dengan harga yang berpatutan

MISI
* Mewujudkan pelan pemasaran yang unik, mudah dan menguntungkan

* Menghasilkan produk alternatif berkualiti, berbeza daripada pesaing-pesaing

* Komitmen pemasaran yang tinggi (efektif servis) terhadap pengedar-pengedar dan memberi latihan yang sistematik bagi mencapai objektif syarikat

* Membina pengedar-pengedar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran global

KEJAYAAN SYARIKAT DCL

** Berjaya merangkul Anugerah SMEs BestBrand pada tahun 2009

** Berjaya memenagi Anugerah CEO Of The Year pada tahun 2010

** Dan sekali lagi pada tahun 2011 Pengasas DCL Dato' Stapa berjaya merangkul Anugerah BestBrands Category Multilevel Marketing 2011